ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Syarikat Acera Enterprise adalah Syarikat yang telah berdaftar pada pertengahan tahun 2009 bagi menjalankan aktiviti penternakan. Hasil daripada penyelidikan Ternakan Burung puyuh daging telah dipilih sebagai operasi utama. Telah memulakan operasi pembinaan bangsal pada penghujung tahun 2009 dan bangsal telah siap sepenuhnya pada bulan Mei 2010. Ternakan burung puyuh daging Syarikat Acera Ent. mula beroperasi dengan menternak sebanyak 3000 ekor pada bulan Jun 2010. Benih puyuh telah diperolehi daripada Jaya puyuh. Ternakan puyuh dijalankan secara ternakan sangkar.





Tuesday, October 26, 2010

Permulaan Operasi Ternakan Puyuh Daging

Syarikat Acera Enterprise telah memasarkan hasil ternakan puyuh disekitar Bandar Alor Setar, Jitra dan Perlis. Antara produk yang dipasarkan adalah seperti berikut :-
1.Daging puyuh segar
2.Telur Puyuh
3.Anak Puyuh

KHASIAT DAGING PUYUH

Mengikut pengetahuan sejarah,  burung puyuh merupakan sejenis unggas yang  mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1870, seterusnya mula diperkenalkan ke seluruh dunia. Dagingnya mempunyai rasa yang enak serta berkhasiat, dan mengandungi kolesterol yang rendah berbanding ayam atau ternakan lain. Malah unggas tersebut mempunyai kandungan zat yang tinggi. Terdapat juga rujukan  bukti dari IKTA mengenai perbezaan kandungan nutritif berkaitan kolesterol untuk seekor daging puyuh amatlah rendah berbanding dengan seekor ayam daging. Huraian tersebut adalah seperti berikut:
aKandungan Nutritif Daging Puyuh dan Daging Ayam
Kandungan
Daging Puyuh
Daging Ayam
1. Kelembapan ( %)
65.50
64.00
2, Protein (%)
20.60
18.80
3. Lemak (%)
10.60
14.20
4. Abu (%)
3.10
3.70
5. Tenaga (cal/100g)
168.00
162.00
6. Kolesterol (mg/g daging)
57.80
60.90
7. Lemak abdominal (% berat hidup)
0.95
3.05
KHASIAT TELUR PUYUH

Telur puyuh mempunyai nilai kandungan gizi yang tinggi, tidak kalah dengan ternak
unggas lainnya. Selain itu rasanya juga lazat dan dapat disajikan dalam aneka bentuk dan
rasa. Bahkan telur puyuh dipercayai memberi kekuatan sehingga sering digunakan sebagai
ubat kuat dan campuran untuk minuman jamu. Dilihat dari kandungan protein dan lemaknya dapat dikatakan telur puyuh lebih baik dibandingkan telur unggas lainnya. Sebab telur puyuh mengandung protein yang tinggi tetapi kadar lemaknya rendah.

PERJALANAN AKTIVITI SYARIKAT ACERA ENTERPRISE

Bacaan doa selamat.
Telah diadakan pada penghujung bulan Mei 2010 setelah kerja-kerja pembinaan selesai

Keadaan kandang semasa mula beroperasi